Macam Macam

This blog is about life.Indeed,My prays, My religious worship,My Life and My death..because of Allah S.W.T.

Surah2 yang sangat bagus diamalkan

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Hidup

Salam.. bercakap pasal kehidupan ni…ade susah ade senang.Kehidupan kt ni jga mcmlah pentas lakonan..ade watak antagonis dan protagonis…Yg sshnya nk menerapkan watak protagonis.. Yang antagonis banyak. tak payah nk pupuk2. Mmg terpupuk dgn sndirinya. Tp kt ni diberi akal fikiran.Terpulang lah kpd kt nak pilih yg mn .tepuk dada tnye iman.

Dalam menempuhi kehidupan ni, banyaklah ranjau dan duri yang mesti dilalui. Apabila keluarnya seorang manusia kat atas dunnia ni, dah diletakkan atas bahu setiap masing2 apa yg tersurat dan tersirat disebaliknya..Depend kpd ibu bapalah yg mencorakkan anak mereka.Setiap yg lahir tu mcmlah kain putih.Klo dicorakkan hitam, hitamlah jdnya.Klo dicorakkan colorful, colorfullah jdnya..

bile dah besar sket mulalah kt di hadapkan dengan pelbagai pilihan. Dalam soal memilih ni plak halamak hai.susahnya nk wat pilihan.klo dipilih jalan itu apa akan jadi? dipilih jln ini, apalak akan jd? eii takutnya. Seringkali terjadi kesilapan dalam pilihan yang x menepati kehidupan kt..Mcmmnlah yea??apapun, jln terakhir kt knalah serahkan pd Dia.. Semua nye ade jwpn pd Dia yang satu..Allah S.W.T.

Ya aLLAH, BERIKAN kebahagiaan dan kerahmatan kpd hambaMu ini. Apa yg kuinginkan adlh kbhgiaan dunia dan akhirat.Semoga aku tergolong dalam golongan hambaMu yg beriman dan bertakwa. Sentiasa mndapat keredhaan drMu…InsyaAllah…

Amiin….

Apa lah sgt nilai keikhlasan kt…

Bila ade yg mntak tolong ngan kt…seboleh2 nya kt cuba untuk menolong org tu..Mcmmn pun kt usaha untuk tdak menghampakan dia…Tp, bila kt dah menolong dia, apa yg kt dapat? Kt xpernah meminta balasan apalagi pujian apalagi sebuah penghargaan. .Cukuplah jgn menganiayai setiap keikhlasan kt terhadap dia…

Panas juga hati ini bilamana kt dgn seusaha daya menolong dia, tp bila terjadi ape2 kt lak yg disalahkan. Aplg kt lak yg kna  tanggung sume yg tersilap..Eiii, geramnye rs.. Mmglah kt ni bkn yg terbaik tp atleast jgnlah wat camtu.. Hati yg dah sedia kecik ni makin kecik jdnya…Bila2 org nk mntak tolong jd serik dah. xnak tolong lg…Bukan x sudi tp xsanggup nk hadapi bnda2 yg mcmtu…

Kadang-kadang niat baik kt disalahtafsirkan. Kadang2 jg  sikap baik kt diambil kesmpatan. Nak buat mcmmn lg yea? Xkan nk duduk dalam gua.Jd asyabul kahfi…xkanlah kot. so, apa yg nk  kna ckp. sabar,sabar,sabar.

Mmglah sabar tp setiap kesabaran ade hadnye jg…klo terlalu byk dbw bersabar nanti larva tu kluar jg. meletup lg lah parah. so, dalam hubungan sesama saudara ni, kt xleh terlalu mementingkan diri sgt.Jgn nk fikir kt jeaa. Fikir sahabat tu  jg.. Klo rs2 nk kekalkan hubungan yg sedia adelah….tp, klo rs nak wat kepala sndiri ..blahlaaaa.

xpayah mntak tolong ngans sape2. klo rs dah buleh idup sendiri…xperlukan org.Minx tolong org pndai2lah. jgn nk dera prsaan org yg menolong kt plak. xtolong dikata pnting dri sndiri, bile menolong  lain plak jdnya..Ingatlah sikit..Kt bukan selalu dia tas.kdg2 ade gak kat bawh.bkn org leh ikut je kepala kt tu…bukan selamanya….

oklah, apa2hal smoga kt mnjaga ukhuwah sesama kt…ingat sikit! Keseorangan tu sangat menyakitkan!Pham?

Tahun Baru

Salam,

Sedar xsedar dah 9 hr rupanya tahun baru 2009. Macammn dengan azam kt..Klo sblm ni,, b4 masuk tahun baru aku nak wat itu, nak buat ini…Tp bila dah masuk ni macmmn? Ade x terlaksana angan2 tu? atau dgn kt lain impian(manis sket)..Hu…

Klo dulu bergelar siswazah universiti, skrg dah bergelar pekerja. Pejam celik,pejam celik, dah bertambah lagi 1tahun umur. Dalam umur mcmni ade yg kt dah layak jd isteri orglah, layak jd mak orglah. tp, rs2 lom bleh lg…Maklumlah,byk lg bnda lom settle.. Walaupun dah keje…

Hmm, tp mn boleh kt menolak hukum dunia..Dah mmg dijadikan manusia itu berpasang-pasangan. Diwujudkan perasaan antara kaum Adam dan Hawa. Xkan nak lari je mmnjang.Mesti penat kan? nak xnak, kt ni just hamba Dia je..Dan mmg dah diciptakan mcmtu….So, knalah jg kt trime hukum dunia ni…Even kt rs mcm xlayak, xsmpai wktu lg, x ade kemampuan ape2 lah lg…Byk je alasan..Kt kna sanggup hadapi saat itu..

Dalam kt berckp psal penerimaan bakal jodoh@pasangan ni, banyaklah juga pasangan2 yg xleh control adat pergaulan. Mn dia adat pergaulan sesama bukan muhrim yg diwarwarkan??Belom lg jd suami isteri dah berkepit sana sini..Sdgkan, tunang pon lom dibolehkan lg nak suka2 ati duk dekat2, pegang2 tangan! apalagi yg belom ade ikatan ape2.dah berabg2, bersayg2.Dah nak berpapa, bermama. Tangan plak merayap situ sini…apa nk jd dunia zaman skrg?ckp2 jg, jgn aku yg buat perangai mcmtu dahla….

Tp, jgnlah sampai xjp langsung.Melampaulah tu…bila lak nak knal-mengenali,nk bermesra..klo xjp kan?Boleh nk jumpa, tp apa salahnya dating kat umah je…xpon dating, bw sume adik-beradik(gurau),bwlah sorang. baru btul.byk yg ckp xde privacy. Alah privacy apenye, stkt nk ckp2 tu sume org boleh phm.Adik kecik yg baru nak masuk sekolah pon leh pahm.Ckp2 sket, mulut dia cbuk tnya, pakwe ke tu? Tp, xtaulah kot2 privacy yg dimaksudkan tu smpai tangan nk merayap2.Yang tu mmg nk kna ade privacylah tu..

Klo dibiarkan, mulalah timbul istilah ….Phamkan?Bila dah jd mcmtu, senanglah yg laki nak kawen.Free ape? Time tu dah xguna nk menyesal..Dan mulalah ade baby bin Abdullah(klo org tu tau hukumlah kan)..nasi dah jd bubur.Menangis air mata darah sekalipon, dah xleh nk undur balik ms yg belom jd ape2 tu..Tp, klo dah terkena tu, kembali ke pangkal jalan.Jangan nak bunuh dri plak.byk lg org yg syg kat kt.

So, sy nasihatkan pd dri sndiri dan kalian yg mmbaca blok ni,,berhati2lah dalam menempuhi kehidupan ni…Banyak ranjau dan duri yg kt kna hadapi..elak sebelum terjadi sesuatu yg xdiingini selagi ade cara.Islam itu indah dan mudah klo kt ni mengikut setiap suruhan dan larangan yg ditetapkan.Jangan nk membantah je.Setiap yg disuruh dan dilarang tu.. ade sebab dan hikmahnya..

Okaylah kwn2, semoga saya dan kalian semua beroleh kejayaan di dalam redhaNya.InsyaAllah.

my pic

Free Image Hosting at ImageShack.us

Ntah apa2

hai..letih btul hidup ni…klo semua benda nak pkir kan!!klo ada tanggungjawab, selagi xsettle,

nak makan xlalu,mandi pun x basah.tulah dinamakan hidup.

Susah tp kna hadapi juga,xnak tapi kena lalui juga.apa2 pun benda ni banyak ajar kita apa erti hidup.

Nilah sebenarnya pengujian yang kita kna hadapi.

baru ujian atas dunia..

Mcmmn dgn ujian di akhirat. depend  amalan kitalah. tp, nak lalui ujian bkn senang. kna byk bersabar.

kdg 2,dlm ms yang sama bertimpa-timpa mslh dtg.tp, kt kna kuat.tekadkan semangat.azam kna kuat..

klo dingatkan takut nak hadapi ms mendatang. tp……kna juga hadapinya.

saya seru pada diri sendiri.

kuat!!!!!

tolong jd kuat!

dan berilah sokongan padu untuk sy teruskan perjuangan yang belum selesai ni..perjuangan hidup yang akan terus saya pertahankan..

mesti berusaha..mesti berjaya!!!!

mesti!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kerja

Kerja!!!Banyak betul kerja nak kena siapkan…Skrg pun buat kerja..Klo ms kita xde tu byk keje kan!!!Bkn kt xnk buat time yg kita ada ms tp, kita kdg 2 diberi tugas dalam ms serentak.So, ms nilah blh lihat sejauh mn responsibility kita sebagai student,hamba dan sebgnya.Dan, ms nilah kita dpt nilai sejauh mn responsibility kt pada ALLah..Dalam kita sibuk menyiapkan kerja2 dunia ni, ms nilah kt terleka untuk buat kerja yang paling wajib..Solat!!!Sebab apa?Coz kita x dhukum terus atas apa yang kt xlakukan.So, kt xrs takutlah kan.Banyak betul org yang berjaya ,cemerlang di dunia.. tp, untuk akhirat..Dia buat xpeduli.mmg itu hak masing2.Tp,kt sbg muslim, muslimah harus ingat.kita adalah saudara.Allh nak hukum sesuatu kaum tu..xnanti semua buat.kdg2 atas seorg je buat kjhtn semua kna..Kiamat dah semakin dkt.Byk benda2 plik yg kt nmpak.So, sy pesan pd diri sendiri dan u all,marilah kt sama2 menjalankan kewajipan untuk dunia dan akhirat kita….Wslm.

Welcome ……

As’kum semua…pejam celik,pejam celik, sedar xsedar dah masuk tahun baru…..sekejap je kan!!!Semalam kita g tolong bebudak ums masak. Sempena hari raya korban.Wah, banyak sangat2 kuih yg diaorag beli…saya jd AJKla konon…
Tapi,sedih ar,takde sangat org datang makan. Jgn kata non, yang muslim  pun tak datang.Walhal ni hr raya diaorang.Patutnya,klu xnk support tenaga pun hadirkanlah diri kat majlis tu…
Bukan wat keje pun. Juz makan-makan.Tp, nk wat camner kan!Budak-budak ni pemalu kot.
Pastu sy nak ajk korang ckp pasal pembunuhan Saddam Hussein.Allahuakhbar.
Jahatnya, Pemerintahan puak Syiah.Yelah, Bila dah jadi lembu kna tarik hidung.
Amerikalah dalangnya…Aii, dah tak knal sedara sesama Islam.Saya rasa sangat tak patut.Dahla diaorang buat hukuman pada hari ry korban!Kejam!!!!
Ntahla,sy jd emotional bla ckp bab2 melibatkan sedara sesama Islam.

klah,isu kt stkt nilah dulu.Wslm….